Kerajaan ini telah tegak dengan jayanya dan sekali lagi berkembang maju.
Segala dagang senteri mula singgah dan berniaga di negeri tersebut hingga ianya termasyur ke mana mana.
Tersebut pula akan kisah tunangan Boru Deakparujar yang telah berkelana di
Padang Lawas, akhirnya Raja Odap-Odap pun sampailah di Pidoli yang diperintah oleh Boru Deakparujar. Dalam keadaannya cumpang
camping itu tidak seorang pun anak negeri yang kenal akan raja mereka tersebut. Lagipun tempoh perpisahan yang begitu lama
selama tujuh belas tahun tentulah masing-masing sudah berubah. Raja Odap-Odap pun dibawa masuk mengadap Puteri Deakparujar
untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidupnya. Adat dahulu kala apabila rakyat mengadap raja, ianya hendaklah merangkak
kehadapan singgahsana lalu sujud di kaki raja tersebut. Keadaannya yang cumpang camping dengan pakaian kulit binatang yang
masih belum dibuang ekornya itu mmberikan gambaran yang Raja Odap-Odap itu keadaannya seperti cicak yang merangkak. Maka itu
hingga ke hari ini di setiap rumah adat orang-orang Batak akan kelihatan gambar cicak sebagai simbol pertemuan Raja Odap-Odap
dengan tunangannya Boru Deakparujar di Pidoli.
Raja Odap-Odap diambil bekerja di kandang kuda Puteri Deakparujar kerana kecekapannya
memelihara kuda. Pada suatu hari Puteri Deakparujar telah dihadiahkan seekor kuda jantan yang sangat garang hingga tiada sesiapapun
yang dapat menjinakkannya sedangkan Puteri tersebut kepingin untuk menunggangnya.Setelah banyak gembala kuda mencuba untuk
menjinakkannya tetapi semuanya gagal juga. Maka pada suatu hari Raja Odap-Odap pun diminta oleh Tuan Puteri supaya menjinakkan
kuda tersebut.
Bagitu Raja Odap-Odap menghampiri kuda tersebut ianya menundukkan kepalanya
setelah diusap-usap kepalanya. Raja Odap-Odap pun menunggang kuda tersebut dengan baiknya. Semua yang hadir kehairanan dan
tercengang-cengang.
Memandangkan Raja Odap-Odap telah berjaya menjinakkan kuda liar tersebut Puteri
Deakparujar pun sangat gembira lalu dipersalinkannya Raja Odap-Odap dengan pakaian yang baik-baik setelah selesai disintuk,
berlangir dan mandai. Begitu siap dipersalinkan maka dibawalah mengadap Tuan Puteri. Alangkah terkejutnya Tuan Puteri
apabila melihat wajah Raja Odap-Odap yang mirip wajah tunangannya. Hampir sahaja Tuan Puteri pengsan jika tidak cepat disambut
oleh dayang-dayangnya.
Mengikut adat hamba tidak dibenarkan menatap wajah raja maka keadaan tersebut
tidak diketahui oleh Raja Odap-Odap, hinggalah Tuan Puteri memintanya mengangkat mukanya menatap wajah Baginda. Kedua-duanya
amat terperanjat dan terpinga-pinga kerana tidak disangka mereka akan bertemu dalam keadaan sedemikian rupa. Apabila kedua-duanya
telah kenal antara satu sama lain lalu bertangisanlah mereka. Gemparlah seluruh istana di Pidoli menyatakan bahawa gembala
kuda raja itu sebenarnya adalah putera Munda Holing yang hilang sekian lama.
Keaadaan sedih menjadi gembira, lalu kedua anak raja itu pun dikahwinkan dengan
acara yang paling meriah selama empat puluh hari empat puluh malam. Kedua-duanya pun memeintahlah Kerajaan Mandala Holing
di Pidoli tersebut. Namun begitu barang yang telah ditetapkan oleh Puteri Deakparujar tidak pernah dihalang oleh Raja Odap-Odap,
begitulah hormatnya baginda akan tuan puteri yang merupakan tuan rumahnya.
ASAL BATAK
Keturunan keenam dari Boru Deakparujar dan Raja Odap-Odap, salah satu darinya
bernama Datu Dandana Debata. Dia adalah seorang yang banyak saktinya dan menjadi Datu/Pawang di istana raja pada masa itu.
Anaknya adalah keturunan ketujuh dari Boru Deakparujar bernama RAJA BATAK. Beliau juga seperti ayahnya sangat handal
dan tinggi ilmu batinnya.
Oleh kerana masyarakat Mandala Holing berasal dari India yang mengamalkan sistem
kasta maka itu keturunan raja adalah dilarang bercampur darahnya dengan darah hamba. Pantangan ini sangat keras pada masa
itu.
Ditakdirkan oleh Dewata Raya, ketua bagi segala hatoban iaitu Datu Ompung Dolom
yang duduk di Sopo Godang tetapi tidak boleh bersuara kecuali menerima kerja, mempunyai seorang puteri yang sangat jelita.
Walaupun telah ditegah tetapi Raja Batak tetap dengan pendiriannya untuk menggauli
anak Datu Ompung Dolom tersebut, hinggakan mengandung. Apabila berita tersebut diketahui oleh Raja maka perintah menangkap
Raja Batak pun dikeluarkan. Namaun begitu tidak ada seorang pun yang dapat menangkap Raja Batak yang sakti itu, malah ramailah
panglima yang terkorban di dalam usaha mereka untuk menangkap Raja Batak tersebut.
Setelah habislah ikhtiar untuk menangkap Raja Batak maka Datu Dandana
Debata pun dipanggil raja untuk mencuci arang di muka. Apabila raja bersungguh-sungguh meminta supaya Raja Batak dibuang maka
sembah Datu Dandana Debata kepada Baginda:
"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun, akan Raja Batak
itu tidak akan ada sesiapapun yang boleh membunuhnya. Telah patik turunkan segala ilmu dan muslihat peperangan kepadanya.
Lagipun tidak boleh kita menitiskan darah raja di tano handur, tano malambut, tano lulambu jati, tano padang bakkil Mandailing,
tano si ogung-ogung. Sian i ma dalan tu ginjang, partuatan ni omputa, Debata na tolu suhut, na tolu sulu, na opat harajaon,
tu banua tonga on......"
Raja pun terdiam, lalu berjanji tidak akan membunuh Raja Batak atau menitiskan
darahnya. Setelah menerima pengakuan bahawa anaknya tidak akan dibunuh atau dicederakan maka Datu Dandana Debata pun menyuruh
orang membuat jala tiga warna iaitu warna putih, merah dan hitam yang menjadi warna adat dan keramat sehingga hari ini. Apabila
jala tiga warna itu siap Datu Dandana Debata pun naik ke atas bumbung rumah anaknya lalu diminta orang memanggil Raja Batak
keluar bermain senjata di halaman rumah. Begitu Raja Batak keluar ke halaman rumah ayahnya pun menebarkan jala tiga warna
lalu terperangkaplah Raja Batak dan gugurlah segala kesaktiannya.
Sejak itulah maka semua Bagas Godang/ Istana Raja di Mandailing dilentik naik hujung
atap rumahnya, agar tidak ada orang yang boleh menebarkan jala dari atas bumbungnya.
SUMPAHAN KE ATAS RAJA BATAK
Apabila Raja Batak dihadapkan di dalam sidang adat maka ia telah dihukum buang
daerah bersama seluruh keturunan Datu Ompung Dolom. Pada hari tersebut lalu disebutlah:
"Hee....kamu Siraja Batak nyah/ pergilah kamu dari Tanah Mandailing ini
sebagai orang yang hina, orang yang tidak tahu adat, orang yang degil/bendal dan orang yang kasar serta rendah martabatnya.....Kamu
diusir ke sebuah pulau yang terletak di atas gunung yang dikelilingi oleh air di tanah gersang yang tiada tumbuh-tumbuhan
yang subur yang terpencil dari penglihatan manusia dan binatang....Barang ada keturunanmu hendaklah ia memulakan namanya dengan
panggilan Si.....sebagai orang yang hina dari martabat yang rendah.....Tidak boleh di antara kamu memakai perhiasan dari logam
kecuali daripada manik tandanya kamu dari keturunan orang yang terbuang....Tidak boleh kamu meninggalkan pulau tersebut selama
tujuh keturunan kamu, jika ada yang kemudiannya mendirikan kampung di tanah besar nanti, hendaklah dikelilingi oleh rumpun
bambu supaya jelas bahawa kamu adalah dari keturunan yang hina...."
Begitulah kira-kiranya sumpahan ke atas Siraja Batak dan keturunannya selama
tujuh generasi. Mereka telah dipisahkan dari pandangan manusia dan binatang, selama tujuh keturunan kerana kesalahan menentang
adat dan raja.
Oleh kerana Siraja Batak dibuang bersama seluruh anggota keluarga Datu Ompung
Dolom yang merupakan ketua segala hamba maka itu kita dapati dari segi fizikal terdapat perbedaan yang sangat ketara antara
Mandailing dan Batak.
Orang-orang Batak biasanya pendek-pendek, rambut kerinting dan kepalanya benjol
ke belakang.
Orang Mandailing asli agak tinggi dan tegap, rambutnya ikal mayang, kulit putih
kemerah-merahan atau putih kuning.
Walaupun asal usul orang Batak itu dari Tanah Mandailing tapi kedudukan mereka
sebenarnya adalah keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan kasta rendah yang menjadi hamba di Mandala Holing iaitu Pidoli
kecuali Siraja Batak itu sahajalah elemen Mandailing yang asli.
Oleh yang demikian jelaslah Mandailing itu bukanlah BATAK walaupun BATAK itu
asalnya dari Tanah Mandailing.
Siraja Batak itu keturunan ketujuh kepada Boru Deakparujar lalu dibuang dan
disumpah untuk tujuh keturunan maka itu orang Batak sentiasa berpegang kepada angka tujuh sebagai angka sakti dan keramat
sedangkan orang Mandailing menganggap angka sembilan sebagai angka raja.
SEKITAR BATAK DAN MANDAILING
Banyak telah diperkatakan oleh berbagai orang mengenai Batak dan Mandailing.
Umpamanya Batak Mandailing. Batak itu terbahagi kepada lima kumpulan iaitu Batak Toba, Batak Karo, Batak Simalungun,
Batak Mandailing dan Batak Pakpak.
Andaian seperti ini telah mengelirukan ramai orang. Ada pula mengatakan bahawa
Mandailing itu asalnya dari Toba turun ke Mandailing.
Logiknya semua tamadun tidak pernah wujud dari gunung lalu turun ke lembah.
Biasanya tamadun itu bermula dari kuala sungai dan naik ke lembah lalu ke gunung. Kawasan lembah adalah sumber bagi segala
kehidupan sama ada di darat, di sungai ataupun dilaut.
Perhubungan juga adalah melalui muara sungai ke laut. Mereka yang mendiami
dataran tinggi atau gunung adalah terdiri daripada orang yang kalah perang ataupun orang yang diusir dari masyarakat adat
yang bertamadun.
Di abad ketigabelas hikayak Jawa ada mencatitkan mengenai serangan tentera
Majapahit ke atas Lamuri dan Mandailing tetapi nama Batak tidak tercatit samasekali. Jelaslah bahawa Mandailing itu sudah
jauh bertapak dan diketahui pada masa itu.
Tonggo-tonggo Siboru Deakparujar masih dibacakan di dalam setiap upacara kecil
atau besar orang-orang Batak. Di sana ia menyatakan bahawa jalan ke kayangan dan tempat temasya nenek moyang orang Batak adalah
di Mandailing. Bukankah ertinya mereka mengakui bahawa asal usul mereka orang Batak datang dari Tanah Mandailing? Maka itu
Mandailing itu lebih awal dan lebih dahulu ada sebelum adanya orang Batak. Bagaimana pula akhir ini Mandailing pula menjadi
Batak?
Peranan orang Batak mulai tampil kehadapan apabila mereka memeluki agama Kristian
di zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Oleh kerana mereka beragama Kristian sedangkan orang Mandailing majoritinya beragama
Islam maka orang-orang Batak telah diberikan tempat istimewa dalam pentadbiran kerajaan Belanda di Indonesia. Lama kelamaan
mereka menguasai sebahagian besar teraju pentadbiran lalu menjadi terkenal. Atas dasar tersebutlah maka kedudukan orang Batak
menjadi kukuh dan dominan lalu suku kaum Mandailing yang satu ketika merupakan bangsa yang tamadun dan tinggi martabatnya
tenggelam begitu sahaja.
Pengaruh Islam yang kuat di kalangan orang Mandailing juga telah melenyapkan
sebahagian besar identiti budaya dan tulisan orang Mandailing. Akhirnya semua itu tidak lagi merupakan warisan yang penting
kepada orang Mandailing, sedangkan di Toba semuanya dipertahankan.
Salasilah atau torombo Raja-Raja Mandailing sama ada dari Marga Nasution atau
Lubis tidak satu pun menunjukkan bahawa mereka berasal dari Toba atau Karo sebaliknya mereka adalah masing-masing berasal
dari Minangkabau dan Bugis.
Penggunaan perkataan SIRAJA BATAK, apabila pangkalnya ditambah dengan perkataan
'SI' ianya menunjukkan kedudukan dan martabat orang yang rendah. Dalam istilah purbakala jika seseorang itu dari keturunan
bangsawan ianya menggunakan panggilan pangkalnya 'SANG' umpamanya Sang Sapurba, Sang Adika, Sang Nila Utama dan sebagainya.
Binatang-binatang yang gagah juga dipanggil Sang Harimau, Sang Buaya, Sang
Purba/ Gajah tetapi kepada binatang yang kecil dan lemah dipanggil Sikatak, Sicicak, Sikera dan sebagainya.
Begitu juga keadaannya dengan manusia yang lemah dan tidak mempunyai darjat
lalu dipanggil Siluncai, Siawang, Sikodok, Sibuyung dan sebagainya.
Perbedaan ini jelas sekali apabila marga-marga di Tanah Batak menggunakan pangkal
perkataannya dengan istilah 'SI' iaitu Sinambela, Simanjuntak, Sinaga, Siotang, Siregar dan sebagainya.
Marga-marga di Tanah Mandailing tidak satu pun menggunakan istilah pangkalnya
dengan perkataan 'SI' contohnya Nasution, Lubis, Rangkuty, Batubara, Parinduri dan sebagainya.
Walaupun berbagai tafsiran dapat kita kemukakan, namun satu perkara yang tidak
dapat dinafikan ialah kawasan Toba adalah tanah gersang. Tidak akan ada manusia primitif yang sengaja ingin ke sana untuk
membuka penempatan. Manusia lazimnya mencari tanah yang subur untuk bercucuk tanam kerana itulah sumber kehidupan masyarakat
dahulu kala.
Sifat dan sikap orang Batak adalah kasar, tidak teratur dan tidak dapat mengawal
perasaannya. Ciri-ciri perwatakan mereka ini menunjukkan bahawa mereka memanglah terdiri dari manusia yang kurang sopan. Maka
itu di Mandailing apabila anak mereka jahat atau bandel secara spontan mereka akan mengeluarkan istilah "Bataknya kau ini"
Istilah tersebut telah digunakan berkurun-kurun lamanya hinggakan masyarakat
Mandailing telah lupa sejarah istilah tersebut merujuk kepada Siraja Batak yang derhaka kepada raja dan tidak mahu mengikut
peraturan adat pada zaman dahulu kala.
Dari nama Siraja Batak itulah seluruh keturunannya dan juga keturunan Datu
Ompung Dolom yang merupakan ketua segala hamba ataupun hatoban dipanggil "BATAK" iaitu orang-orang Batak.
Perlu ditegaskan bahawa perkataan "BATAK" bukanlah bermaksud ianya satu bangsa,
tetapi sebaliknya ia adalah satu istilah yang digunakan oleh oang Mandailing untuk menunjukkan sikap seseorang yang tidak
tahu adat dan peraturan, orang kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ini juga menunjukkan tentang status dan kedudukan orang
yang dimaksudkan itu rendah martabatnya. Namun pada masa sekarang, lantaran pengaruh Belanda di zaman penjajah begitu kuat
maka istilah Batak/ orang Batak yang kebanyakannya Kristian telah diangkat mendiami Sumatera Utara iaitu di Tapanuli.
KEBANGKITAN BATAK
Di abad ke tigabelas tentera Majapahit telah menyerang Mandailing iaitu Kerajaan
Mandala Holing yang berpusat di Pidoli. Dengan itu hancurlah kerajaan Mandala Holing dan pengaruh agama Hindu di Tapanuli
Selatan.
Saki baki orang-orang Munda telah lari bertempiaran ke dalam hutan untuk menyelamatkan
diri masing-masing. Mereka yang tertawan telah dibawa sebagai hamba abdi.
Di akhir abad ke tigabelas saki baki tentera Mandala Holing telah dapat berkumpul
dan bergaul dengan masyarakat peribumi di sekitar Aek Batang Gadis lalu mereka telah mewujudkan marga Poeloengan yang kemudiannya
berjaya mendirikan tiga bagas godang mereka di atas tiga puncak gunung. Namun begitu kerajaan tersebut hanya merupakan
kerajaan kampung sahaja.
Orang-orang Batak yang terbuang di Pulau Simosir telah dapat membangunkan semula
adat kepercayaan mereka yang bergaul antara kepercayaan Hindu dan aninisme serta penyembahan roh-roh nenek moyang mereka.
Pusat mereka ialah di Busut Puhit.
Kedatangan misi Kristian ke Tanah Batak telah mengubah keadaan hidup masyarakat
orang Batak yang tidak mempunyai kepercayaan teguh kepada mana-mana agama. Kebanyakan mereka telah memeluk agama
Kristian.
Setelah mereka menganut agama Kristian pihak penjajah Belanda membawa
mereka ke alam pembelajaran, penulisan dan pembacaan. Oleh kerana pihak Belanda memerlukan tenaga kerja sebagai perantaraan
penjajah dengan masyarakat peribumi maka orang-orang Batak yang telah diKristiankan ini menjadi pilihan utama untuk
menjalankan dasar pecah dan perintah tersebut.
Orang Batak secara tidak langsung telah mendapat tempat di dalam setiap bidang
pentadbiran Belanda. Kedudukan ekonomi dan status sosial mereka mulai meningkat.
Orang-orang Mandailing yang telah memeluk agama Islam sewaktu gerakan tenteri
paderi yang dipimpin oleh Imam Bonjol dan pengikutnya menjadi golongan fanatik agama. Mereka menentang apa sahaja pembaharuan
yang dibawa oleh Belanda.
Memandangkan adat istiadat nenek moyang mereka banyak yang bertentangan
dengan agama Islam maka orang-orang Mandailing telah membuang adat resam mereka yang telah diamalkan sejak dahulu. Lama kelamaan
dari segi adat budaya, tulisan dan pertuturan orang Mandailing mulai kehilangan keutuhannya.
Berbeda dengan orang Batak walaupun mereka telah memeluk agama Kristian mereka
tetap berpegang teguh kepada adat resam dan budaya mereka. Sehingga sekarang orang Batak masih dapat bertahan dan terus
mempertahankan adat budaya dan tulisan mereka.
Kekuatan dan ketahanan adat resam, budaya hidup, kesenian, tulisan dan bahasa
Batak ini telah ditonjolkan oleh mereka dari zaman ke zaman sehinggalah mereka bangkit sebagai satu suku bangsa yang kuat
dan utuh.