THE STAR SATURDAY January 29 2000 

                     

  




  Nusantara Pos

  INTERNASIONAL

  Edisi Minggu Ke-1 Desember 2001


Sejarah Kedatangan Orang-Orang Mandailing Ke Semenanjung Tanah Melayu


Oleh: Mohamed Azli bin Mohamed Azizi BA (Hons) BEd


Penolong Setiausaha Agung


Lembaga Adat Mandailing Malaysia (LAMA)


Bagian 1


Yang Mulia Tuanku Raja Laut Tuanku Janawi Abd Zawawi Panglima Tertinggi saki baki tentera Padri di Tanah Melayu mangkat sekitar 1880 dikenal juga sebagai Marhon Air Kuning. Pemimpin dan Panglima Angkatan Laut Padri di Selat Melaka - Tuanku Raja Laut (Repro LAMA)

   


  Yang Mulia Tuanku Raja Laut Tuanku Janawi Abd Zawawi Panglima Tertinggi saki baki tentera Padri di Tanah Melayu


mangkat sekitar 1880 dikenal juga sebagai Marhon Air Kuning. Pemimpin dan Panglima Angkatan Laut Padri di Selat Melaka


                                                                      - Tuanku Raja Laut (Repro LAMA)    





Pada 29-9-2001 di dalam konvensyen Sejarah dan Budaya Negeri Perak Darul Ridzuan anjuran bersama 


Pentas, Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa & Pustaka bertempat di Dewan Jubli Politeknik Ungku 


Omar Ipoh.



Santabi sapuloh noli santabi, parjolo do au manyusun jari na sapuloh marsantabi, sapuloh noli santabi tu


adopan ni raja nami Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing dohot tu Naduma Ratuna Mandailing na


adong di Sopo Godang on santabi laning raja nami.



Banyak sudah diperkatakan tentang masyarakat Mandailing di Semenanjung Tanah Melayu namum banyak


pula yang telah disalah katakan tentang masyarakat tersebut di dalam sejarah tanah air kita. Saya telah 


menjalankan satu penyelidikan dan kajian terperinci mengenai sejarah masyarakat Mandailing di 


Semenanjung Tanah Melayu sejak 1992. Dengan bantuan Lembaga Adat Mandailing Malaysia (LAMA) saya


telah berjaya mengumpulkan bahan-bahan bukti secara lisan dan tulisan yang lengkap bagi


menggambarkan sejarah sebenarnya kedatangan orang Mandailing ke Semenanjung Tanah Melayu.     

 


PENGENALAN       


Mandailing adalah satu daerah di Tapanuli Selatan yang terletak di utara Pulau Sumatera. Kawasan ini lebih

kurang 1/8 keluasan pulau tersebut yang bersempadan dengan Tanah Batak di sebelah utara. Di sebelah

selatan ianya bersempadan dengan Minangkabau dan Riau. Terdapat dua buah lautan yang menghimpit

daerah ini iaitu Lautan Hindi di sebelah barat dan Selat Melaka di sebelah timur.      


Orang Mandailing terbahagi kepada sembilan marga/suku seperti berikut:

1. Nasution, 2. Lubis, 3. Pulungan, 4. Rangkuti, 5. Batubara, 6. Parinduri, 7. Dauley, 8. Dalimunte, 9. Matondang.


Terdapat beberapa teori mengenai asal-usul Mandailing, tetapi teori yang lebih tepat ialah Mandailing itu berasal dari daerah Munda di utara India. Masyarakat Munda di utara India ini terpukul oleh serangan bangsa Aryan lalu berpindah ke Burma di mana terdapat sebuah kota purba yang dinamakan Mandalay. Setelah sekian lama di sana mereka sekali lagi diusir keluar oleh kaum asli di Burma lalu berpindah menyeberangi Selat Melaka ke Samudera iaitu Sumatera. Pada abad ke enam orang-orang Munda ini telah berjaya mendirikan kerajaan bernama Poli di pantai timur Sumatera. Kerajaan ini juga dikenali sebagai Portibi atau Puni. Kerajaan Munda Holing ini hanya bertahan sehingga abad kesebelas. Pada sekitar tahun 1030 an kerajaan Hindia Selatan dibawah pimpinan Maharaja Rajendera Chola telah menakluki Portibi (Munda Holing) lalu masyarakat Munda berpindah ke Pidoli berhampiran Penyabongan yang ada sekarang ini. Di Podili ini mereka telah mendirikan sebuah kerajaan yang dikenali sebagai Mandala Holing.


Kerajaan Mandala Holing ini berjaya bertahan hingga abad ketigabelas sahaja. Sekali lagi mereka diserang kerajaan Hindu Singhosari dan Tanah Jawa dibawah pimpinan Raja Kertanegara yang telah melancarkan "Ekspedisi Pemelayuan" pada 1275 hingga 1292 dan memusnahkan sebahagian besar kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera. Namun begitu dalam tempoh yang singkat orang-orang Mandala Holing ini telah berjaya mendirikan semula kerajaan mereka dan menjadi termasyur. Kerajaan Hindu Majapahit pada masa itu merasa tergugat dan cemburu di atas kejayaan tersebut.


Pada tahun 1365 kerajaan Hindu Majapahit menyerang Sumatera sekali lagi. Di dalam sumpah "palapa" Gajah Mada yang berbentuk syair purba Jawa yang bertajuk Negarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca dan dijumpai di Puri Cakranegara Lombok terdapat penyataan Mandailing itu sebuah negari besar yang telah diserang ini menunjukkan bahawa kerajaan orang-orang Mandailing itu telah lama wujud sebelum nama Batak tercatat di dalam beradapan sejarah. 


Setelah Pidoli dibumi hangus bangsa Munda yang bercampuraduk dengan penduduk asli telah membentuk marga Pulungan dan mendirikan kerajaan Huta Bargot. Kerajaan ini telah dikalahkan oleh Sutan Diaru dan warga Nasution yang berasal dari Pagaruyung. Sutan Diaru mendiri kerajaan di Pagaruyung dan memerintah seluruh Mandailing Godang. Oleh kerana Sutan Diaru itu adalah seorang putera yang ditemui di bawah pokok beringin di tepi Aek Batang Gadis ibunya pula tidak diketahui maka kerajaan tersebut dikenali sebagai kerajaan Mande Nan Hilang. Mandehilang atau ibu yang hilang - dan akhirnya sebutan tersebut menjadi Mandailing mengikut loghat orang Minang.



Heading