Yang Dipertuan adalah lambang dan puncak kemuliaan Lembaga Adat Mandailing. Mengikut Perlembagaan Lembaga Adat Mandailing Malaysia Fasal 11.2, jawatan tersebut disandang oleh Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing. 

Gelaran tersebut hendaklah ditabalkan oleh Raja-Raja Penusunan Mandailing Godang sepertimana yang telah dilakukan oleh di dalamnya acara adat pada 25hb. Februari, 1997 oleh Pangkuan Adat Marga Nasution di Bagas Godang Parsarimpunan Ni Tondi Harajaon Pidoli Dolok, Mandailing Godang yang telah mengisytiharkan bahawa Y.T.M. Drs. Mangaraja Mohd. Fadzlan Nasution Al-Haj sebagai Sang Paduka Baginda Mangaraja Mandailing dan mengangkatnya menjadi Raja Penusunan Godang, Pemerintah dan Yang Dipertuan suku kaum Mandailing.

Perisytiharan tersebut telah dibuat oleh sepuluh orang Raja-Raja Penusunan Marga Nasution yang terdiri daripada :

 1.    Harajaon Huta Siantar 

 2.    Harajaon Pidoli Dolok

 3.    Harajaon Maga 

 4.    Harajaon Panyabongan 
Tonga 

 5.    Harajaon Panyabongan Julu 

 6.    Harajaon Gunong Tua

 7.    Harajaon Gunong Baringin 

 8.    Harajaon Muara Soma 

 9.    Harajaon Aek Nangali

10.   Harajaon Muara Parlampungan

Kemudiannya Perisytiharan ini telah diAktakan pada tanggal 21 Jun, 1997 oleh Alina Hanum Nasution S.H. Notaris dan Pejabat Pembuat Akta Tanah Kota Madya Medan S.K. Menteri Dalam Negeri No. 232/DJA/1985 tanggal 22 Augustus 1985 dengan nama "WATIKAH PENGESAHAN DAN PENGISYTIHARAN RAJA-RAJA PENUSUNAN MANDAILING GODANG" tanggal 21 Juni, 1997/75.